1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan.
Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata
pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah
ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di
German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat
dan bulan akan terbelah…
Hitler
berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan
dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan
bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud
yang mendalam.
Perkara
ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis
di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat
Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler
telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam
ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera
German.
”
Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah
sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera
German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi,
bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada
bila-bila waktu demi pemimpin ku”